suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga ditikam di konsert rap

Pergaduhan di konsert Roddy Ricch di London, malam Selasa. Foto Snapchat ws

TIGA orang ditikam dalam satu insiden semasa berlangsungnya sebuah konsert rap di London, United Kingdom.

Polis bergegas ke lokasi kejadian di Electric Brixton pada kira-kira pukul 10.30 malam Selasa waktu tempatan, selepas tiga lelaki ditikam dalam pergaduhan itu.

Pegawai polis berkata, penyanyi rap Roddy Ricch, 20, berada di atas pentas ketika kejadian.

Seorang jurucakap Polis Metropolitan di London berkata: "Dipercayai satu pergaduhan berlaku di lokasi konsert, tiga lelaki dalam lingkungan 20an dipercayai ditikam.

"Mereka mendapat rawatan oleh pasukan Khidmat Ambulans London dibawa ke hospital.

"Semua orang dipindahkan keluar dan tiada laporan lain mengenai kecederaan.

"Tiada penangkapan berhubung buat masa ini."

Polis kemudian mengesahkan kesemua mangsa dibenarkan keluar dari hospital. - Mirror UK


Roddy Ricch

Artikel Lain