suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enggan berterusan dikecam, Meghan mahu berbaik dengan bapanya setelah bersalin

Meghan mahu berdamai dengan keluarganya. Foto:Internet Unknown

MEGHAN Markle berhasrat ingin berbaik semula bersama ayah dan kakak tirinya dengan bertemu mereka di United Kingdom selepas kelahiran bayi pertamanya.

Rakan kepada Duchess of Sussex yang tidak diketahui identitinya itu mendakwa Meghan ingin berdamai dengan keluarganya setelah menghadapi beberapa konflik yang menjadi bualan ramai.

Bapa kepada Meghan, Thomas mendedahkan beberapa surat yang ditulis oleh anaknya serta tindakan Samantha mengkritik Meghan menerusi media.

Namun Meghan dikatakan seperti terdesak ingin berdamai apabila dia kelihatan tidak keruan akibat sering dikecam.

"Meghan berharap dengan kehadiran bayinya, seluruh keluarganya akan berdamai semula," ujar rakannya itu.

Dia turut berharap agar keluarga Meghan menggunakan kesempatan ini untuk berbaik daripada berterusan mengkritiknya.

Istana Kensington bagaimanapun enggan mengulas perkara itu ketika dihubungi Mirror Online.

Dalam pada itu, Channel 5 buat pertama kali menyiarkan sesi temu bual bersama Samantha sejak pendedahan surat Meghan kepada bapanya.

Samantha memberitahu, Meghan ternyata tidak mempunyai perasaan atau dia akan melakukan apa sahaja untuk membuat ayahnya senang di usia tua.

"Perasaan ayah sangat mengecewakan dan Meghan bukan mangsa keadaan."

Dalam pada itu, Meghan pernah memarahi Thomas kerana tindakannya menyerang Putera Harry menerusi media.

Samantha juga pernah mengkritik tindakan Meghan kerana tidak melawat keluarga sewaktu dia berada di New York ketikameraikan baby shower yang mewah baru baru ini.-mirror.co.uk

Meghan Markle, Bayi

Artikel Lain