suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita bersalin sendiri setelah tonton video panduan dari Youtube meninggal bersama bayi

SEORANG wanita dilaporkan meninggal dunia gara-gara bersalin sendiri setelah menonton video panduan dari laman Youtube.

Dia dikatakan berbuat demikian kerana bimbang dengan stigma masyarakat yang memandang serong kelahiran anak luar nikah.

Menerusi kejadian di Uttar Pradesh itu, wanita berkenaan ditemui mati di kediamannya.

Bayi lelaki tersebut juga ditemui mati, disisi ibunya.

Menurut laporan Hindustan Times, kejadian itu disedari jiran wanita berkenaan.

Ujar saksi, dia melihat darah mengalir dari bilik wanita itu sebelum memaklumkannya kepada pemilik rumah, Isnin lalu.

Setelah bilik dipecah masuk, mereka menemui mayat wanita dan bayi tersebut bersama sebuah telefon pintar.

"Dia menonton video 'cara-cara bersalin sendiri' menerusi Youtube.

"Kejadian berlaku setelah empat hari dia menyewa kediaman itu," ujar pihak polis. - Mirror.

Bersalin, Youtube

Artikel Lain