suria

Penumpang terpaksa bersembunyi di tandas enggan makan Almond

Laura mengalami alergi pada kacang.

SEORANG guru terpaksa bersembunyi di dalam tandas sebuah pesawat akibat alahan pada kacang selepas krew kapal terbang berkenaan berkeras untuk menghidangkan kacang Almond.

Krew pesawat berkeras untuk menghidangkan kacang Almond kepada semua penumpang termasuk guru, Laura Merry.

Guru wanita itu bimbang kacang itu akan memberi alergi yang kuat disebabkan oleh tindak balas antigen- antibodi.

"Saya telah memaklumkan pada Qantas Australia mengenai alergi terhadap kacang sebelum membuat tempahan tiket, dan telah menyediakan dokumen bertulis untuk mengesahkan bahawa mereka tidak akan menghidangkan kacang di atas kapal.

"Namun apabila saya menaiki pesawat tersebut, pengurus krew menyindir penyakit alergi saya.

"Pengurus itu mendakwa dia tidak mendapat sebarang makluman mengenainya dan sudah terlambat untuk membuat sebarang permintaan khas," jelasnya kepada Sun Online Travel.

Menerusi laman web Qantas, syarikat penerbangan itu menyatakan semua makanan berbentuk kekacang telah dikurangkan dalam makanan tetapi tiada jaminan daripada terkena alergi.

Laura sempat berkongsi kisahnya di akaun Twitter dan rata-rata pengguna sosial media terkejut dengan layanan yang diberi oleh krew tersebut.

Dalam pada itu, jurucakap Qantas mengesahkan syarikat penerbangan itu akan menghubungi Laura sebelum penerbangan berikutnya.-news.com.au

alergi, pesawat

Artikel Lain