suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak gembirakan bapa dengan kuasa viral

SEORANG pemuda membuktikan 'kuasa viral' telah membuatkan bapanya kembali ceria.

Billy By sedih melihat  bapanya yang kecewa apabila kedai donut yang baharu dibuka tidak dikunjungi pelanggan.

Dia mengambil keputusan mewar-warkan kedai bapanya itu di laman Twitter.

"Bapa saya sangat sedih kerana tidak ada orang datang ke kedai donut  yang baharu dibukanya," tulisnya Sabtu lalu bersama gambar Billy's Donuts.

Twit tersebut menjadi viral dan ramai pelanggan hadir membeli donut di kedai yang terletak di Missouri City, Texas itu.

Pada Ahad, By sekali lagi berkongsi perkembangan terkini dengan menulis: "Untuk 'update'!  Semua donut dan 'kolache' habis dijual.

"Anda semua amat menakjubkan. Saya tidak cukup untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang datang dan menyokong bisnes tempatan. Ia sangat bermakna kepada keluarga saya."

Tambah By: "Saya sangat terharu dengan sokong semua. terima kasih banyak!."- mirror.co.uk

Anak, bantu bapa

Artikel Lain