suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Singapura gantung perkhidmatan Boeing 737 Max susulan nahas di Ethiopia

PENGAWAL selia penerbangan Singapura pada Selasa mengarahkan penerbangan pesawat Boeing 737 MAX digantung sementara, berikutan nahas pesawat Ethiopian Airlines yang meragut nyawa kesemua 157 penumpang, lapor agensi berita Xinhua.

"Berikutan nahas membabitkan pesawat Boeing dalam tempoh kurang lima bulan, pihak berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) menggantung operasi semua pesawat Boeing 737 MAX," kata CAAS dalam satu kenyataan.

"Penggantungan itu berkuatkuasa pada 12 Mac, 2019," tambah kenyataan itu.

Pesawat Ethiopian Airlines menuju ke Nairobi, Kenya itu terhempas beberapa minit sejurus berlepas pada Ahad, mengorbankan kesemua 157 penumpang.

Ia kemalangan pesawat kedua selepas sebuah lagi pesawat dikendalikan Lion Air Indonesia terhempas pada Oktober.- Bernama

Boeing 737 Max, gantung

Artikel Lain