suria

Reka, pilih baju untuk CEO, anda dibayar lebih RM200,000 dan mengembara serata dunia

Gambar sekadar hiasan. Foto Reuters

PASTINYA sibuk sekiranya anda mengembara sebagai eksekutif perniagaan.

Anda mungkin mahu kelihatan anggun dan bergaya semasa menghadiri mesyuarat tetapi tidak mempunyai masa yang banyak untuk memilih pakaian.

Begitulah yang dialami seorang wanita berjawatan ketua pegawai esekutif (CEO) telah mengiklankan tawaran untuk menyelesaikan masalah itu, dan sedia membayar £40,000 (RM214,720), tidak termasuk faedah dan keistimewaan lain.

Iklan yang dipaparkan di laman web Sewport, ia menjelaskan bagaimana eksekutif perniagaan mereka mencari seorang pereka fesyen dan tukang jahit bagi membuatkan wanita itu berpenampilan menarik ketika mengembara serata dunia.

Beliau berkata: "Jika saya tengok diari saya untuk 12 bulan akan datang atau saya akan mengembara ke Timur Asia, Amerika Utara, Eropah dan Australia, sekadar menyebut beberapa nama, maka saya memerlukan seorang pereka yang sanggup mengembara ke tempat-tempat ini dengan rela hati."

Menyedari ia merupakan tugasan yang besar, beliau turut menegaskan bahawa faedah termasuk mengembara ke seluruh dunia, makan secara mewah dan penginapan.

CEO itu berkata, dia mempunyai minat yang tinggi terhadap fesyen dan berkemampuan untuk mempunyai almari dipenuhi pakaian-pakaian yang ditempah.

Bagaimanapun, terdapat beberapa syarat untuk tugasan itu.

Calon yang dipilih perlu mencari bahan mereka sendiri, tetapi jangan bimbang kerana kesemuanya juga akan ditanggung.

Tempoh bekerja bergantung kepada keadaan, boleh mengambil masa 50 jam seminggu atau hanya 10 jam. 

Jika anda merasakan ia merupakan kerjaya impian anda, tunggu apa lagi! - Mirror UK

CEO

Artikel Lain