suria

Pemuda dating dengan lipas setahun, "Tiada gadis yang hot seperti Lisa"

Yuma menjalinkan hubungan bersama Lisa selama setahun. Foto AsiaWire/Asian Boss

SEORANG pemuda membuat pendedahan bahawa dia telah menjalinkan hubungan bersama seekor lipas bernama Lisa selama setahun.

Yuma Shinohara yang berusia 25 tahun itu menyifatkan serangga tersebut sebagai cinta pertamanya.

Katanya, hubungan itu bersifat platonik apabila mempunyai fantasi untuk mengadakan hubungan intim bersama, sama ada dia bersaiz sekecil Lisa atau Lisa bersaiz manusia.

Yuma turut memberitahu tiada gadis lain yang 'hot' seperti Lisa, dan dia dan pasangannya itu begitu serius antara satu sama lain '100 peratus'.

ARTIKEL BERKAITAN: Lapan pengantin pelik dikahwini manusia... termasuk hantu, lampu dan 'roller coaster'

Yuma memakan Lisa selepas 'cinta hati'nya itu mati. Foto AsiaWire/@y.shino.earth

Malah selepas Lisa mati, Yuma bertindak untuk memakannya.

Menerusi video temuramah bersama Asian Boss, Yuma berkata, dia membeli Lisa yang merupakan seekor lipas ternakan dari Afrika.

Dia percaya mereka dapat berkomunikasi antara satu sama lain.

Malah, Yuma turut memberitahu dia adalah seorang entomophagist, dan ia merupakan satu kelaziman untuk dia memakan Lisa sebaik haiwan itu mati. - Mirror UK

lipas, Yuma Shinohara, Lisa

Artikel Lain