Anak 'istimewa' bantu keluarga angkat jaga tiga abang kelainan upaya

Simon menyuapkan makanan untuk abangnya.

SEORANG kanak-kanak Sindrom Down berusia empat tahun menyentuh hati netizen apabila ringan tulang menjaga tiga adik-beradiknya yang kurang upaya.

Simon Clark, 4, masih belajar untuk bercakap Inggeris selepas diambil sebagai anak angkat dari sebuah keluarga di Bulgaria.

Bagaimanapun ia tidak menghalangnya daripada membantu ibu bapa angkatnya, Jeremy dan Nicole menjaga tiga anak mereka yang kurang upaya di Salt Lake City, Utah.

Sejak berhijrah ke Amerika bulan lalu, Simon menjadi pembantu cilik kedua ibu bapanya.

Dia menyuap makan dan memakaikan baju abangnya Alex, 6, yang turut mempunyai masalah Sindrom Down selain dua lagi abangnya, Jon dan David masing-masing berusia lima dan enam tahun yang menderita penyakit Cerebral Palsy.

Simon turut membantu abangnya memakai baju.

Kedua ibu bapanya sering merakam rutin harian Simon kepada keluarga mereka meskipun dia sendiri mempunyai masalah kesihatan.

Simon turut membantu mencuci pinggan mangkuk dan menurunkan dua abangnya yang menderita penyakit Celebral Palsy dari katil kerana mereka tidak boleh melakukannya sendirian.

Ibu bapanya memberitahu Simon turut meluangkan masa bermain bersama tiga abangnya di ruang tamu dan taman di rumah mereka.

Jeremy yang juga guru pendidikan fizikal dengan berpengalaman melatih kanak-kanak kelainan upaya berkata Simon merupakan anak angkat keempat mereka dari Bulgaria.

"Simon seronok bermain dan menjaga tiga abangnya yang lain," kata Jeremy.

Selain menjaga tiga abangnya, Simon turut rajin membantu ibunya membasuh pinggan di dapur.

Menurut Jeremy, walaupun Simon masih tidak tahu bahasa Inggeris, dia boleh berkata 'ibu' dan 'bapa'.

"Dia masih belajar tetapi kami yakin dia boleh menguasai bahasa itu nanti," katanya.

Pasangan itu membuat keputusan di awal perkahwinan mereka untuk memiliki keluarga besar dengan mengambil anak angkat.

"Membesarkan empat anak kelainan upaya bukan tugas mudah," katanya. - Metro.co.uk

Sindrom Down

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain