suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jokowi tepis dakwaan guna cucu untuk kempen Pilpres

PRESIDEN Joko Widodo berang apabila ada pihak menganggap dia menggunakan cucunya, Jam Ethes Srinarendra untuk kepentingan politiknya.

Malahan, Jokowi membantah dakwaan dia cuba meraih populariti untuk memenangi Pilihan Raya Presiden (Pilpres) tahun ini.

"Jan Ethes cucu saya, jadi tidak bolehkah saya ajak dia bermain? Tidak bolehkah saya bawa ke pusat beli-belah? Tidak bolehkah dibawa ke taman permainan? Tidak bolehkah kami sekeluarga diwawancara media televisyen? Tidak bolehkah?" demikian katanya ketika ditemui di Bekasi, Jawa Barat pada Rabu.

Tegas Jokowi, keluarganya menjalani kehidupan secara sederhana dan hubungan sesama ahli keluarga juga akrab.

"Saya rapat dengan anak dan cucu.

"Tak boleh rapatkah? Tak kan cara begitu dikata berkempen, malahan saya tidak bawanya untuk menjerit-jerit ketika berkempen," jelasnya lagi.

Sebelum ini, Tribunnews.com memetik ahli politik PKS Hidayat Nur Wahid mempersoalan tindakan Badan Pengawas Pilihan Raya (Bawaslu) mengenai pembabitan Jan Ethes dalam kegiatan Jokowi.

Perkara itu disampaikan menerusi akaun Twitter @hnurwahid pada Sabtu lalu.-Kompas.com

Jokowi, Pilpres, Jan Ethes

Artikel Lain