suria

Karangan pelajar 9 tahun sentuh perasaan, minta bapa jangan terlalu main telefon

"JIKA ayah sanggup ketepikan telefon, saya sanggup tukar dengan nyawa saya. Saya sayang ayah," luah seorang kanak-kanak dalam satu karangan mengenai bapanya yang suka bermain telefon bimbit.

Sebuah karangan yang dihasilkan oleh pelajar lelaki berusia sembilan tahun itu menyentuh perasaan semua yang membacanya.

Karangan tersebut mengisahkan seorang bapa yang ketagih dengan telefon bimbit sehingga mengabaikan anaknya yang perlukan kasih sayang.

"Ayah, saya mahu beritahu ini. Ayah, setiap kali saya minta ayah periksakan kerja sekolah, ayah hanya tengok sekali imbas dan berkata 'tidak teruk, sekarang pergi bermain'.

"Selebihnya ayah beri telefon jadi saya boleh turut bermain sama," tulis pelajar itu.

"Ayah, saya tidak mahu rumah ini  dipenuhi makanan ringan, telefon paling mahal dan mainan.

"Apa yang saya mahu hanyalah ayah boleh meletak telefon dan  bermain dengan  saya. Itu sahaja yang membuatkan saya gembira dalam hidup."

Guru pelajar lelaki itu yang hanya di kenali Zhao berkata, Xiaozhi (nama pelajar) merupakan seorang juara olahraga dalam kelasnya.

Guru itu juga turut memberi markah penuh dalam karangan tersebut.

Ibu Xiaozhi memberitahu suaminya merupakan pengguna tegar telefon bimbit sama ada ketika bekerja atau selepas kerja dan sesekali bermain permainan untuk santai dan rehat.

"Sebelum ini kami tidak sedar ia akan timbulkan isu dan tidak dia sangat sensitif," jelas ibunya.

Selepas membaca karangan tersebut, ayah pelajar menyedari kesilapannya yang tidak meluangkan masa bersama anaknya.

Karangan tersebut telah dikongsi di laman sosial Weibo oleh guru Sekolah Antarabangsa Luoyang di daerah Luoyang, Beijing China. -The Star

Artikel Lain