suria

Suami curang buat tatu memalukan di dada untuk raih semula kepercayaan isteri

Seorang suami yang curang melukis tatu bagi meraihkan semula kepercayaan daripada isterinya. Foto fstop

DEMI meraih semula kepercayaan dalam perhubungan, seorang lelaki berhadapan dengan situasi yang menyulitkan.

Dalam kebanyakan kes, pihak yang curang pasti tidak dapat lari daripada kecurangan itu, dan masalah tidak akan kembali selesai.

Bagaimanapun, Jose Torres bertindak secara ekstrem untuk mendapatkan semula kepercayaan daripada isteirnya selepas dia bersikap tidak setia, dengan memalukan diri sendiri melukis tatu pada dadanya, dan tulisan itu cukup besar.

Tatau tersebut berupa mesej yang memaparkan nama penuhnya dan tarikh, termasuk senarai yang memalukan mengenai perkara-perkara yang mengguriskan hati isterinya sepanjang perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, rekaan tatunya itu masih kelihatan sangat merah dan sakit, malah mengandungi dua kesalahan ejaan yang memalukan.

Mesej tersebut menyebut: "Saya, Jose L. Torres mendapat tatu secara sukarela pada 2 Januari 2019 supaya saya dapat memperoleh semula kepercayaan isteri saya di atas kesakitan dan penderitaan yang telah saya lakukan dalam perkahwinan kami.

"Saya seorang: pembohong, penipu, manipulator, penipu, pencipta pelacur, tidak jujur dan tidak sopan."

Tatu itu meliputi sebahagian besar dadanya, di atas tatu sedia ada yang memaparkan namanya dekat pusatnya.

Gambar tatu tersebut dikongsi di media sosial dengan keterangan: "Bukan sesuatu yang indah untuk permulaan tahun baharu (ingin diperjelaskan bahawa saya tidak tahu tatu itu disalah eja sehingga mereka mula bercakap mengenainya".

Perkongsian tersebut meraih banyak komen termasuk memberi pandangan berhubung kesilapan ejaan di tatu pada badannya. - Mirror Online

tatu, curang

Artikel Lain