suria

Lelaki tembak isteri, ibu bapa mertua selepas temui video seks pasangan bersama rakan baik

William Brian Stillwell didakwa menembak isteri, Mona dan ibu bapa mertuanya. Foto Facebook/Mirror Online

SEORANG lelaki menembak isteri dan ibu bapa mertuanyanya, selepas dia mendapati pasangannya membuat video seks bersama seorang rakan.

William Brian Stillwell didakwa melakukan tiga tembakan di Florida, Amerika Syarikat (AS).

Menerusi panggilan kecemasan 911, salah seorang anak suspek berusia lima tahun kedengaran menjerit: "Jangan ayah, jangan. Saya tidak mahu sesiapa mati."

William, 39, didakwa berang selepas menemui sebuah video yang menunjukkan kecurangan isterinya, Mona bersama salah seorang rakannya sendiri.

Terdahulu, pasangan tersebut tinggal berasingan sebelum didakwa menerjah ke rumah ibu bapa mertuanya, dengan membawa senjata.

Dalam kejadian yang berlaku di Lake Washington, Flordia pada hari Tahun Baharu itu, ketiga-tiga mangsa cedera parah tetapi dikatakan terselamat.

Menerusi panggilan kecemasan, isteri William turut kedengaran menjerit kepada anak kembarnya berusia lima tahun: "Keluar, lari baby, lari."

Suspek didakwa melakukan cubaaan membunuh, rompakan bersenjata, mendera kanak-kanak dan menyembunyikan senjata api.

Menurut laporan-laporan di AS, William memberitahu pasukan penyiasat bahawa dia melihat isterinya curang bersama rakan baiknya menerusi video yang dirakamkan menggunakan telefon bimbit.

Polis mengesahkan anak-anak suspek terselamat dalam insiden itu. - Mirror Online

Artikel Lain