suria

Pramugari dedah ragam tak senonoh penumpang kapal terbang

Kaki kotor penumpang ketika menaiki pesawat. - passengershaming/Instagram

SEORANG bekas pramugari yang jijik dengan kelakuan sesetengah penumpang ketika berada di dalam pesawat bertindak membuka sebuah akaun Instagram untuk mendedahkan tentang perbuatan itu.

Shawn Kathleen berkata, perbuatan seorang lelaki membakar rambutnya sendiri semasa cuba menghisap kokain ketika dalam penerbangan adalah antara kejadian paling menjelikkan yang pernah disaksikannya.

"Saya berasa seperti saya perlu merungut tentang perkara-perkara gila yang berlaku di atas kapal terbang," katanya.

Kini, pramugari itu turut menerima gambar dan video daripada penumpang dari seluruh dunia untuk dimuat naik ke laman Passenger Shaming yang dikendalikannya selama 11 tahun.

Seorang penumpang dengan selamba menjuraikan rambutnya ke belakang kerusi. - passengershaming/Instagram

Beberapa gambar menunjukkan ada penumpang yang meletakkan kaki kotor mereka di atas tempat duduk penumpang lain.

Terdapat pula penumpang yang membiarkan rambutnya mengurai ke belakang kerusi sehingga masuk ke talam makanan orang lain.

Dalam beberapa video lain pula, seorang penumpang sempat merakamkan perbuatan penumpang lain yang mengetip kuku tangan dan kaki di dalam pesawat.

Barang-barang pelik juga ditinggalkan di poket kerusi penumpang termasuk sandal kotor, hidangan stik dan juga sambungan rambut. 

Paling menjijikkan adalah kelakuan beberapa penumpang lelaki yang berani menonton video lucah, biarpun terdapat penumpang lain di sekeliling mereka. - Metro UK

pramugari

Artikel Lain