suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih 220 maut tsunami di Indonesia

Pasukan penyelamat menempatkan mayat mangsa tsunami yang dijumpai. Foto AFP

PANDEGLANG, Indonesia: Kejadian tsunami yang melanda di pantai di Selat Sunda di antara kepulauan Sumatera dan Jawa mengorbankan sekurang-kurangnya 222 orang.

Menurut pegawai dan laporan media, bencana berlaku susulan gegaran di bawah tanah dipercayai berpunda letusan gunung berapi Anak Krakatao.

Jurucakap agensi pengurusan bencana, Sutopo Purwo Nugroho, ratusan kediaman dan bangunan musnah teruk akibat dilanda tsunami, hampir tanpa amaran yang berlaku di selat Sunda, lewat malam Sabtu.

Beribu-ribu penduduk terpaksa dipindahkan ke kawasan lebih tinggi.

Setakat petang Ahad, agensi bencana memaklumkan angka kematian meningkat kepada 222 orang daripada 168 mangsa.

Sementara itu, 843 mangsa cedera dan 28 lagi hilang. - Reuters

Selat Sunda, tsunami

Artikel Lain