suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua cedera Ferrari terbabas

SEBUAH kereta Ferrari terbabas ke cerun jalan di Tai Po, Hong Kong pada pagi Ahad, mengakibatkan dua orang cedera.

Kereta sport mewah itu turut mengalami kerosakan dalam kejadian itu.

Pemandu lelaki berusia 36 tahun dan penumpang wanita mengalami cedera ringan, dihantar ke Hospital Prince of Wales untuk menerima rawatan.

Di lokasi yang sama, polis yang mengadakan operasi membanteras aktiviti lumba haram, menahan lima pemandu kereta sport mewah kerana disyaki memandu dalam keadaan merbahaya.

Polis berkata, kemalangan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan operasi mereka, tetapi pemandu Ferrari itu turut ditahan kerana memandu dalam merbahaya.

Menurut polis, kereta sport itu terbabas ke tepi jalan dekat Tsung Tsai Yen di Jalan Tai Po pada kira-kira pukul 7.30 pagi.

Beberapa gambar kejadian menunjukkan kereta Ferrari itu terbalik di tepi jalan.

Kereta Ferrari yang terlibat dalam kemalangan itu merupakan antara enam kereta sport yang ditahan polis, selain tiga lagi kereta Ferrari, dan sebuah Lamborghini dan sebuah McLaren. - South China Morning Post


Ferrari

Artikel Lain