Budak pecah tengkorak dihentak dengan 'dumbbell' ketika selamatkan ibu kena rogol meninggal dunia

Tengkorak Vanya rosak teruk akibat dihentak dengan 'dumbbell' oleh lelaki yang cuba merogol ibunya. -foto East2westnews

PELAJAR yang menyelamatkan ibunya daripada perogol bersenjata meninggal dunia 19 bulan selepas tengkoraknya rosak ketika bergelut dengan penjenayah terbabit.

Vanya Krapivin, 16, pulang dari sekolah dan mendapati jirannya Roman Pronin sedang bercelapak di atas ibunya yang berlumuran darah.

Lelaki yang pernah disabit membunuh itu berulang kali menyerang Natalia Krapivina, 43, dengan pisau dan cuba merogolnya.

Vanya, yang ketika itu berusia 15 tahun masuk ke dalam flat kediamannya di Severodvinsk, barat laut Rusia dan menyaksikan kejadian ngeri itu.

Dia mengambil 'dumbbell' seberat 3kg dan cuba memukul lelaki terbabit untuk menyelamatkan ibunya.

Bagaimanapun, Pronin, 37, dapat merampasnya dari Vanya dan berulang kali menghentak kepalanya.

Vanya sebelum kejadian serangan. -foto East2westnews

Jiran-jiran yang mendengar kekecohan itu menghubungi polis, sementara penyerang ganas tersebut melarikan diri dengan sangkaan dua beranak itu sudah mati.

Vanya dan ibunya ditemui tidak sedarkan diri di atas lantai dalam keadaan berlumuran darah.

Vanya koma selama sembilan bulan manakala ibunya menderita 27 luka tikaman, tetapi kehidupannya diselamatkan oleh keberanian anaknya.

Vanya sedar selepas koma sembilan bulan. -foto East2westnews

Dia sangat trauma dengan pengalaman itu serta kecederaan tengkorak anaknya, tetapi Natalia dibenarkan keluar dari hospital beberapa bulan selepas kejadian.

Bagaimanapun, dia hanya mampu melawat anaknya beberapa kali, menurut laporan tempatan.

Anaknya yang berani mengalami kerosakan otak yang serius dan hilang hampir semua tulang depan tengkoraknya.

Pakar bedah terpaksa mengeluarkan sebahagian otaknya dan pengumpulan dana dilancarkan secara besar-besaran oleh penyampai TV terkemuka Andrey Malakhov untuk mendapatkan plat titanium yang diperlukan untuk tengkorak Vanya selain perbelanjaan perubatan lain.

Setahun kemudian, Vanya menunjukkan tanda-tanda positif selepas menerima rawatan pakar bedah Rusia Leonid Roshal.

Pada Jun tahun ini dia mula mengenali jururawatnya, dan dapat makan bubur.

Pada Julai, dia mendapatkan rawatan di pusat pemulihan di Moscow dan pada masa yang sama dana dikumpul untuk menghantarnya ke Sepanyol bagi pemulihan lanjut.

Tetapi pada Oktober dia mengidap selesema dan walaupun rawatan rawatan rapi diberikan, keadaannya semakin buruk dan dia meninggal dunia pada Selasa.

Natalia mengalami trauma selepas diserang. -foto East2westnews

Sebelum serangan itu, Natalia telah merayu dengan pihak berkuasa untuk tidak membenarkan pembunuh yang dibebaskan itu tinggal dekat dengan bloknya.

Siasatan juga sedang dijalankan mengapa pembunuh yang disabitkan dibenarkan tinggal berhampiran kanak-kanak.

Pronin dipenjarakan selama 14 tahun atas dua cubaan bunuh dan kini berdepan tuduhan pembunuhan tambahan selepas kematian Vanya. -MetroUK

rogol, dumbbell, tengkorak

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain

Hanya 1 kes baharu Covid-19