suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Madhuri Dixit calon pilihan BJP menjelang pilihan raya 2019

PARTI Bharatiya Janata (BJP) sedang mempertimbangkan untuk meletakkan aktres Bollywood, Madhuri Dixit-Nene sebagai calon kawasan Pune Lok Sabha pada pilihan raya umum 2019.

Pada Jun lalu, Ketua BJP, Amit Shah telah menemui pelakon berkenaan di kediamannya di Mumbai bagi mendapatkan sokongan Madhuri, selain memaklumkan perkembangan terkini pentadbiran kerajaan pimpinan Narendra Modi.

Pemimpin kanan BJP memberitahu agensi berita PTI, nama pelakon itu telah disenarai pendek untuk kerusi Pune Lok Sabha.

"Parti sedang mempertimbangan dengan serius untuk memilik Madhuri Dixit sebagai calon pilihan raya 2019. Kami percaya kawasan Pune Lok Sabha sesuai untuknya.

"Ketika ini, parti dalam proses untuk membuat penilaian akhir sebelum memuktamadkan senarai calon dan nama Madhuri Dixit sememangnya antara yang mendapat pertimbangan serius," katanya.

Aktres berusia 51 tahun sinonim dengan beberapa filem seperti Hum Aapke Hain Koun..!, Dil To Pagal Hai, Saajan and Devdas.

Pada pilihan raya 2014, BJP telah merampas kerusi Lok Sabha yang dimenangi calonnya, Anil Shirole.

Sementara itu, pemimpin kanan BJP memberitahu, taktik menggunakan selebriti sebagai calon turut dilakukan Narendra Modi ketika menjadi ketua menteri Gujarat.

"Muka baharu yang diletakkan menyebabkan pembangkang terkejut dan sukar untuk mengkritik mereka dan ia telah memberi kemenangan kepada BJP untuk mengekalkan kuasa," katanya.- IndiaToday


Madhuri, Lok Sabha, BJP

Artikel Lain