suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kakak tiri Meghan dilarang masuk istana

Meghan Markle. Foto Reuters

KAKAK tiri Meghan Markle, Samantha dilaporkan dilarang masuk ke kediaman Duchess itu selepas kehadirannya tidak dijemput.

Samantha, 53, yang terbang ke United Kingdom (UK) untuk bersemuka dengan adik tirinya.

Bagaimanapun, hasrat itu gagal selepas beberapa gambar menunjukkan dia tidak dibenarkan masuk di bahagian keselamatan di Istana Kensington.

Kakak tiri Meghan melihat suratnya diserahkan kepada pengawal keselamatan di Istana Kensington. Foto splashnews.com

Samantha yang mengalami penyakit saraf multiple sclerosis (MS) sambil menaiki kerusi roda kemudian menyerahkan nota kepada bahagian keselamatan istana sebelum memberi barangan diraja.

Memetik laporan The Mirror, Samantha berkunjung ke UK selepas pegawai istana menerima surat mengatakan kelakuannya akan lebih agresif sekiranya mereka tidak mengatur pertemuan dengan Duchess.

Kejadian tersebut merupakan konflik terbaharu di istana, membabitkan kakak tiri Meghan dan bapanya, Thomas. - Mail Online

Meghan Markle

Artikel Lain