Tupai ‘hidup semula’ selepas pemandu bagi bantuan CPR - Dunia | mStar

Tupai ‘hidup semula’ selepas pemandu bagi bantuan CPR

SEORANG pemandu berhenti untuk memberikan bantuan kecemasan (CPR) kepada seekor tupai selepas berasa takut sama ada dia telah membunuh haiwan itu.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Chris itu ditemui oleh dua pegawai polis di Brooklyn Park, Minnesota di Amerika Syarikat ketika dia berhenti di tepi jalan untuk memberikan bantuan kepada tupai tersebut.

Pegawai polis Jeremy merakam detik itu dengan kamera yang dipakai pada badannya dan video tersebut menjadi tular selepas ia dikongsikan ke laman Facebook jabatan polis berkenaan.

Dalam video tersebut, Chris memberitahu pegawai polis bahawa dia bimbang kerana telah melanggar tupai itu dengan keretanya.

Pihak polis cuba meyakinkan Chris bahawa tupai itu mungkin ‘jatuh dari tekanan kereta’.

Ketika mereka bertiga berbual, tupai itu tiba-tiba ‘kembali hidup’ dan melompat pergi.

Pegawai polis secara berjenaka berkata kepada Chris bahawa dia akan mendapat anugerah kerana menyelamatkan nyawa.

Di Facebook, video berkenaan telah dikongsi lebih 7,000 kali dan beberapa pengguna media sosial berkata perkara itu membuat mereka berasa bangga untuk tinggal di Brooklyn Park.

Seorang lelaki, Carlos Felix mendakwa Chris adalah anak lelakinya dan orang ramai mula memberikan pujian serta menyatakan dia patut berasa bangga kerana memiliki anak sebaik remaja itu. - Sky News

tupai

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel