suria

Ibu hairan prosedur bersunat sangat lama, rupa-rupanya bayinya dibawa menyusu dengan wanita lain

BEBERAPA jam selepas bersalin minggu lepas, Joii Brown berkata salah seorang jururawat di Pusat Perubatan Orange Park di Florida tersilap membawa bayinya, Roman Phillips masuk ke bilik ibu lain untuk menyusu.

Menurut seorang jururawat, semuanya berlaku hanya kerana 'salah faham'.

Brown berkata dia berasa curiga selepas terpaksa menunggu bayinya yang dihantar bersunat selama hampir satu jam setengah, sedangkan prosedur itu biasanya mengambil masa kurang dari setengah jam.

-fotoNews 4 JAX

Ketika jururawat muncul bersama anaknya, Brown mendakwa dia dimaklumkan oleh jururawat bahawa mereka terlupa untuk memeriksa gelang di tangan bayinya untuk pengesahan identiti sebelum membenarkan wanita lain menyusukan bayi Brown.

"Saya tahu semua orang buat silap, tetapi ini saya rasa lebih dari sekadar kesilapan sebab hanya perlu tengok gelang, perkara mudah," tambah Brown.

"Apa yang anda perlu buat hanya tengok gelang dan lihat bayi itu bukan anaknya."

Walaupun hospital itu melakukan banyak ujian untuk memastikan Roman tidak dijangkiti penyakit akibat minum susu bukan daripada ibu kandungnya, mereka memberitahu Brown bahawa tidak ada cara lain lagi untuk mengetahuinya dengan pasti, sehinggalah bayinya besar sedikit dan ujian lain perlu dilakukan semula.

Dia juga dimaklumkan bahawa peraturan menghalang mereka daripada berkongsi sebarang maklumat tentang wanita yang menyusukan anaknya itu.

Brown (kanan) bersama anak dan suaminya. -fotoNews 4 JAX

Brown memberitahu wartawan bahawa anak lelakinya nampak sihat, tetapi sebagai ibu dia tetap bimbangkan kesihatannya pada masa akan datang.

"Kebimbangan utama saya ialah ia mungkin sesuatu yang lain, lebih dari susu ibu. Dan ia mungkin boleh berlaku anak orang lain."

Dalam satu kenyataan kepada News 4 JAX, Pusat Perubatan Orange Park berkata mereka akan melakukan segala yang boleh untuk memberi sokongan dan mengikut kehendak keluarga.

Sementara it, Brown dan keluarganya akan melakukan apa yang perlu dilakukan iaitu bertemu dengan seorang peguam.

menyusu, susu ibu

Artikel Lain