suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi 3 bulan diberi syabu bukan susu, pasangan suami isteri ditahan

-foto Jefferson County Sheriff’s Department

IBU bapa kepada seorang bayi lelaki berusia tiga bulan yang meninggal dunia selepas didakwa memberikan methamphetamine (syabu) kepadanya telah ditangkap.

Pasangan tersebut dari Indiana Selatan, Deven Frisque, 32, dan Tara Savage, 28, ditahan oleh polis negeri berhubung kematian anak mereka.

Eben Fristque meninggal dunia di dalam sebuah pangsapuri selepas dia didapati tidak responsif, menurut pihak berkuasa tempatan.

Tidak lama selepas kematiannya, ibu-bapanya didapati telah mengambil syabu dan dadah jenis lain di dalam apartmen tersebut sambil menjaga Eben dan seorang lagi anak.

Autopsi mendedahkan bayi lelaki itu mempunyai methamphetamine dan amphetamine dalam sistemnya, menurut Polis Negeri Indiana.

Savage ditangkap pada 25 September oleh Polis Negeri Kentucky. Frisque ditangkap pada Khamis di rumahnya di Indiana. -Newshub

syabu, bayi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain