suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pura-pura buat panggilan, kantoi rakam bawah skirt bila lampu kamera telefon menyala

Cubaan merakam bawah skirt seorang wanita gagal apabila lampu kamera telefo bimbit suspek bernyala semasa rakaman dibuat. Foto ViralPress

CUBAAN seorang lelaki untuk membuat rakaman bawah skirt seorang wanita apabila lampu kamera telefom bimbitnya menyala semasa rakaman dibuat.

Kejadian berlaku di sebuah pusat membeli-belah di Bandar Quezon, Filipina pada 16 September lalu.

Suspek berpura-pura membuat panggilan menggunakan telefon bimbitnya semasa duduk di tangga bagi merakam bawah skirt seorang wanita yang duduk di belakangnya.

Menerusi satu video, pemuda yang berpakaian baju kemeja-T jalur hijau kuning dapat dilihat membuka aplikasi kameranya dan memegang peranti itu ditelinganya.

Dia berpura-pura menghubungi seseorang, tetapi sebaliknya lensa telefon bimbitnya dihalakan pada bawah skirt wanita berkenaan.

Bagaimanapun, taktik kotornya tidak bernasib baik apabila lampu kamera telefonnya menyala semasa rakaman dibuat.

Dia kemudian beredar segera tanpa memeriksa sama ada tindakannya itu orang lain. - Metro Online UK

Artikel Lain