Budak perempuan 9 tahun nyaris dirogol pemandu teksi dalam tandas kuil - Dunia | mStar

Budak perempuan 9 tahun nyaris dirogol pemandu teksi dalam tandas kuil

Gambar hiasan.

BANGKOK: Polis menahan seorang pemandu teksi motor kerana didakwa melarikan seorang kanak-kanak perempuan berumur sembilan tahun ke sebuah tandas di kuil di Bangkok dalam cubaan untuk merogol mangsa.

Insiden berlaku pada pukul 5 petang Rabu lalu di tandas Wat Yoo Dee Bumrungtham di daerah Saimai.

Tindakan suspek bagaimanapun gagal selepas kanak-kanak itu menjerit meminta pertolongan.

Seorang sami di tempat kejadian berjaya menyelamatkan mangsa dan penyerang melarikan diri.

Berdasarkan butiran yang diberi, polis menyoal siasat tertuduh yang sebelum ini pernah ditahan kerana penyalahgunaan dadah.

Hanya memberi nama Ae tanpa pengenalan diri, suspek berusia 40an itu dilaporkan memberitahu polis bahawa mangsa mendapatkan perkhidmatan teksinya untuk rumah ibunya di Sukha Pibal 5.

Dalam perjalanan, suspek berhenti untuk menggunakan tandas.

Pemandu teksi motor itu didakwa meminta kanak-kanak tersebut untuk masuk ke tandas dan mengunci mangsa di dalam bersamanya.

Suspek kemudian menanggalkan seluar sebelum mangsa menjerit meminta bantuan. 

Ae didakwa di atas beberapa kesalahan antaranya mencabul mangsa bawah umur, melarikan mangsa, memandu di bawah pengaruh alkohol dan positif dadah. - The Nation/Asia News Network  

Artikel Berkaitan

Artikel Lain