suria

Ratu Cantik Tatu HK, penganjuran sulung penuh kontroversi

RATU Cantik Tatu Hong Kong bakal dinobat buat pertama kali menjelang Konvensyen Tatu Antarabangsa Hong Kong China tahun ini.

Acara kemuncak sepanjang tiga hari program itu bagaimanapun memutuskan pemilik gelaran itu tidak hanya dinilai daripada segi kreativiti rekaan tatu.

"Tidak seperti pertandingan tatu lain di mana kemahiran artis diberi perhatian utama, sebaliknya kali ini penghakiman akan menumpukan kepada bagaimana wanita yang memiliki tatu pada tubuh mereka 'membawa' karya kreatif itu  dan bagaimana ia dapat membentuk keperibadian mereka," kata ahli jawatankuasa penganjur, Gilbert Chung.

Program ini dijanga menarik kira-kira 25,000 peserta, bagaimanapun ada dalam kalangan mereka kurang gembira dengan segmen ratu cantik itu.

Wanita Perancis yang dikenali sebagai Manon mempersoalkan kenapa tiada pertandingan Mr Tatu Hong Kong.

Sementera itu, dua lagi pengunjung, Po dan W.K meluahkan kekeliruan mengenai sama ada peserta pertandingan itu akan diadili berasaskan tatu pada tubuh atau penampilan mereka.

"Rasanya penganjur hanya cuba untuk menarik kehadiran pengunjung ke konvensyen berkenaan menerusi pertandingan itu," kata W.K.

Sementara itu, pelukis tatu Chongqing, Blacky berkata, kecantikan seseorang peserta wanita itu akan lebih menyerlah jika tatu pada tubuhnya dilukis dengan baik.

"Ia sesuatu yang semula jadi untuk menghargai sesuatu yang cantik," katanya.

Konvensyen yang berakhir Ahad ini adalah penganjuran kali ke enam dan menampilkan 270 pelukis tatu dari seluruh dunia.-SMCP





tatu, Hong Kong

Artikel Lain