suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru tadika dipecat selepas murid perempuan dicabul di dalam tandas

SEORANG guru tadika wanita dipecat kerana kecuaian selepas seorang muridnya berusia empat tahun didakwa dicabul tiga pelajar lelaki berusia 15 hingga 17 tahun semasa pergi ke tandas bersendirian.

Insiden dilaporkan berlaku di dalam perkarangan sebuah sekolah dekat Chon Buri, Bangkok pada 4 Ogos lalu, lapor Amarin TV.

Guru kanak-kanak itu didakwa kerana membenarkan muridnya pergi ke tandas bersendirian meskipun protokol sekolah menetapkan untuk menghantar dua atau tidak murid ke tandas pada satu-satu masa.

Sekolah tersebut telah memasang 16 CCTV untuk mengelak insiden sama berulang, kata pengarah sekolah tersebut yang enggan namanya didedahkan.

Tiga suspek yang disifatkan sebagai remaja bermasalah yang tinggal di rumah kebajikan didakwa melakukan serangan seksual.

Ibu kanak-kanak perempuan itu membuat permohonan kepada Yayasan Kanak-kanak dan Wanita Pavena untuk membantu mempercepatkan proses kes tersebut agar tindakan undang-undang diambil terhadap tiga suspek.

Kanak-kanak itu takut untuk kembali ke sekolah tersebut menyebabkan ibunya terpaksa menamatkan persekolahannya. - The Nation/Asia News Network

tadika, rogol

Artikel Sebelum

Artikel Lain