Murid Kena Tinggal Selepas Rombongan Ke London - Dunia | mStar

Murid Kena Tinggal Selepas Rombongan Ke London

Seorang murid ditinggalkan di Stesen King's Cross di London selepas rombongan sekolahnya kembali ke Newcastle. Foto PA

SEORANG guru besar memohon maaf di atas kesilapan guru-guru meninggalkan seorang murid bersendirian di London, United Kingdom selepas rombongan sekolah itu kembali ke Newcastle.

Sekolah Discovery di Newcastle memberitahu tiada alasan meninggalkan murid bersendirian dan menegaskan bahawa ia memastikan insiden tersebut tidak akan berulang.

Murid malang itu segera memberitahu kakitangan di stesen kereta api King's Cross di London dan diletakkan untuk perjalanan seterusnya.

Dia bagaimanapun akan ditemani kakitangan kereta api dalam Kelas Pertama, dan seorang guru menunggu mereka di York.

Menurut beberapa laporan, emapt guru menyertai rombongan murid sekolah itu ke London.

Guru besar, Gareth Rowe berkata: "Murid itu tidak berada dalam bahaya kerana dia dengan segera berjumpa dengan kakitangan stesen dan memberitahu keadaan yang berlaku terhadapnya.

"Dia diletakkan untuk menaiki kereta api yang seterusnya dan ditemukan semula dengan gurunya di York.

"Bagaimanapun, tiada alasan untuk kesilapan yang serius itu. Keutamaan kami adalah keselamatan murid-murid dan sudah tentu insiden ini menjejaskan imej kami dan kami akan memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi," kata Rowe. - Mail Online UK


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Zainuddin Maidin meninggal dunia

Enam lagi ahli Parlimen Umno keluar parti