suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jemaah Umrah Singapura Maut Dalam Nahas Bas Di Makkah

-foto Facebook

SINGAPURA: Seorang rakyat Singapura maut dan beberapa penumpang cedera dalam nahas bas ketika dalam perjalanan di Makkah pada Rabu, menurut Majlis Agama Islam Singapura (Muis).

Menerusi maklumat terkini dalam Facebook, Muis berkata antara pukul 1.00 hingga 1.30 tengah hari (8.30 pagi hingga 9 pagi waktu Arab Saudi), bas yang membawa 31 penumpang  jemaah umrah terbabit dalam kemalangan.

Menurut Muis berkata, para penumpang tersebut difahamkan ialah jemaah umrah yang diuruskan oleh agensi pelancongan tempatan, Abu Bakar Travel Services Private Limited.

"Kebanyakan pemumpang ialah rakyat Singapura,” kata Muis dan menambah mereka yang cedera telah dihantar ke hospital di Makkah untuk menerima rawatan.

Muis berkata pihaknya sedang bekerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura untuk memberi bantuan kepada mereka yang terlibat.

Sementara itu, Persatuan Ulama dan Guru-guru Agama Islam Singapura (Pergas) telah menyampaikan simpati dan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Mohd Abu Bakar Osman.

"Pergas berasa dukacita apabila dimaklumkan mengenai pemergian Ustaz  Mohd Abu Bakar Bin Osman," katanya dalam catatan menerusi Facebook.

Bernama difahamkan bahawa allahyarham Mohd Abu Bakar ialah pengarah agensi pelancongan itu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dalam catatan menerusi facebook beliau telah melahirkan simpati yang mendalam kepada mereka yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

"Amat berdukacita apabila dimaklumkan mengenai nahas bas di Makkah, Arab Saudi yang menyebabkan seorang rakyat Singapura maut dan beberapa orang cedera," kata beliau dalam catatan itu.

-Bernama
umrah, kemalangan, jemaah

Artikel Lain