suria

Guru Terima Hadiah RM3.91j Bertutur 35 Bahasa

Andria menerima trofi kemenangannya pada Hadiah Guru Global pada majlis di Dubai, Ahad. Foto AP

SEORANG guru seni dan tekstil di pinggir sebuah bandar di United Kingdom (UK) menerima hadiah AS$1 juta (RM3.91 juta) kerana jasa dan dedikasinya dalam bidang perguruan.

Andria Zafirakou mendapat pengiktirafan itu kerana khidmatnya di Sekolah Komuniti Alperton di Brent di barat laut London, salah satu kawasan termiskin di negara itu.

Beliau turut mempelajari untuk memberi ucapan dalam 35 bahasa di sekolah, termasuk Gujarati, Hindi, Tamil dan Portugal.

Pendekatan itu dibuat bagi merapatkan lagi hubungannya bersama pelajar dan ibu bapa mereka.

Beliau turut menyusun semula kokurikulum bersama guru-guru lain bagi membuatkan ia relevan kepada para pelajar.

Andria merupakan guru pertama dari UK yang memenangi anugerah itu selepas menjadi salah 10 calon yang disenarai pendek bagi Hadiah Guru Global Yayasan Varkey.

Andria berkata: "Komuniti di tempat saya mengajar di Brent menunjukkan kepelbagaian dan merupakan salah satu komuniti pelbagai budaya paling banyak di dunia."

Beliau berkata, ramai pelajar tinggal dalam keadaan yang mencabar dan menjalani kehidupan yang sukar.

"Apa yang menakjubkan adalah apa saja isu yang mereka hadapi di rumah, apa saja yang mereka kehilangan dalam hidup atau membuatkan mereka derira, sekolah kami adalah milik mereka," kanya kepada hadirin.

Majlis anugerah yang berlangsung di Forum Kemahiran dan Pendidikan Global di Dubai itu menyaksikan Andria menerima trofi daripada Naib Presiden dan Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu, Sheikh Mohammed Rashid al-Maktoum.

Andria akan menerima AS$1 juta dan akan berkhidmat sebagai duta global bagi Yayasan Varkey.

Beliau perlu berkhidmat sebagai guru kelas selama sekurang-kurangnya lima tahun dan hadiah wang tunai itu akan dibayar secara ansurans. - Mirror UK

Andria Zafirakou

Artikel Lain