suria

Kecoh Bayi Ditemui Merangkak Tengah Jalan Di New York

ORANG awam di New York digemparkan dengan seorang bayi yang merangkak di jalan yang sibuk di bandaraya itu.

Seorang lelaki dengan nama Rn Jay memuat naik adegan tersebut di Facebook, menunjukkan dia bersama beberapa orang yang lain membantu bayi berusia sembilan bulan itu yang ditemui berada di tengah jalan.

Ramai yang menghentikan kereta mereka untuk memberikan bantuan apabila mereka melihat bayi berkenaan, dalam kejadian di Utica, New York.

Ketika seseorang menelefon polis, mereka yang lain mengangkat bayi tersebut untuk memujuknya yang mula menangis.

Lelaki yang merakamkan video itu kemudian bercakap menyuarakan rasa tidak puas hati dengan situasi tersebut.

"Bayi di jalanan, itulah yang kita lakukan di Utica sekarang," katanya.

"Itulah yang dilakukan oleh orang sekarang, anda faham maksud saya? Tinggalkan anak-anak di jalanan."

Pada akhir video dapat didengari seorang wanita berkata: "Itu bayi saya, itu bayi saya".

Jabatan Polis Utica kemudian mengeluarkan satu kenyataan yang menyatakan mereka telah mendakwa ibu bayi itu kerana membahayakan kebajikan seorang anak.

Ledrika Ford, yang baru berumur 17 tahun, mempunyai tiga anak lain, yang semuanya telah dilepaskan dari jagaannya. -newshub

bayi, merangkak, New York

Artikel Lain