suria

Nasib 'Bayi Dua Kepala' Jadi Tanda Tanya

Yue Zhuangzhuang mempunyai bonjolan seperti 'kepala'. Foto AsiaWire

SEORANG bayi yang dilahirkan dengan bonjolan besar di belakang kepalanya, sehingga diberi jolokan sebagai "bayi dua kepala".

Yue Zhuangzhuang yang dilahirkan pada 14 Februari lalu di utara China menerima rawatan kerana mempunyai masalah tumbesaran bahagian tengkorak.

Dikenali secara saintifik sebagai encephalocele, keadaan itu disebabkan kecacatan tiub saraf yang menyebabkan perkembangan tidak lancar dalam rahim.

Saiz "kantung" itu hampir menyamai besar kepala Zhuangzhuang.

Keluarga bayi itu yang hidup dalam kemiskinan membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, mereka terpaksa pulang apabila sejumlah wang yang banyak diperlukan untuk melakukan pembedahan.

Seorang saudara jauh, Li Yailing berusia 22 tahun berusaha untuk membantu selepas mengetahui keadaan bayi itu.

Tindakan pertamanya adalah memuat naik video bayi itu secara dalam talian bagi mendapatkan reaksi orang ramai.

Ia seterusnya menyaksikan kesudian mereka untuk menghulurkan sumbangan bagi membolehkan bayi berkenaan menjalani pembedahan.

Doktor di Hospital Pertama Universiti Peking merawat Zhuangzhuang berhubung jangkitan, tetapi tidak dipastikan bila sebenarnya bayi itu dapat menjalani pembedahan bagi mengeluarkan ketumbuhan. - Mirror UK

Artikel Berikut

Artikel Lain