suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat Peribadi Terhempas, Bakal Pengantin Wanita Maut

Mina (tengah) meraikan parti bujang di Dubai sebelum perkahwinannya April ini. Foto. Instagram.

ANAK seorang jutawan Turki maut apabila pesawat peribadi milik bapanya terhempas bersama sepuluh lagi wanita lain.

Mina Basaran,28, dalam penerbangan dari Dubai ke Turki selepas meraikan 'parti bujang' sebelum perkahwinannya bulan depan.

Turut maut adalah tiga krew wanita yang berada dalam pesawat tersebut.

Menurut laporan, pesawat Bombardier Challenger C600 adalah milik Basaran Yatirim Holding iaitu bapa Mina.


Pesawat berlepas dari Sharjah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan kejadian berlaku di pergunungan Zagros di Tehran.

Suruhanjaya Penerbangan Sharjah mengesahkan enam penumpang merupakan warganegara Turiki manakala dua orang lagi rakyat Sepanyol.

Mina dijadualkan berkahwin dengan ahli perniagaan Turki, Murat Gezer pada 14 April ini di Cirali Palace, Istanbul.

Pesawat terhempas, Mina Basaran

Artikel Sebelum

Artikel Lain