suria

13 Mangsa Dera Mandi Hanya Sekali Setahun

Orang ramai menyumbang pelbagai mainan untuk kanak-kanak mangsa dera ibu bapa mereka diletakkan di depan kediaman keluarga itu di Perris, California.

RIVERSIDE: Sepasang suami isteri dari California yang ditahan kerana mendera 13 anak mereka didakwa atas lebih 20 tuduhan dan jika didapati bersalah, masing-masing berdepan hukuman penjara 94 tahun.

David Allen Turpin, 57, dan isterinya Louise Anna Turpin, 49 telah dihadapkan ke mahkamah kerana menyebabkan anak mereka yang berusia antara dua hingga 29 tahun itu mengalami masalah tumbesaran, kekurangan khasiat, kerosakan saraf dan kecacatan kognitif.

Malah, David juga didakwa melakukan penderaan seksual terhadap anak perempuan bongsunya dan pihak berkuasa masih menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

Kedua-duanya mengaku tidak bersalah atas semua tuduhan terhadap mereka.

Pada sidang media, Pendakwa Raya Daerah Riverside, Mike Hestrin menggambarkan ia sebagai kes kebejatan manusia kerana anak-anak pasangan itu dibiarkan kelaparan dan sentiasa dalam keadaan kotor serta berbau.

"Mangsa telah dirantau selama berminggu-minggu dan ada ketikanya berbulan-bulan lamanya, malahan tidak dilepaskan walaupun mereka mahu ke tanda dan hanya dibenarkan mandi sekali setahun.

"Pasangan itu hanya membeli makanan untuk diri sendiri dan tidak benarkan anak-anak mereka makan.

"Pelbagai jenis pai dibeli dan diletakkan di meja tapi hanya untuk anak-anak mereka lihat, bukan untuk dimakan," katanya.

Berikutan tindakan pasangan ini, berat anak mereka yang berusia 12 tahun umpama kanak-kanak tujuh tahun, manakala anak sulung berusia 29 tahun mencatat berat 37 kilogram sahaja.

Serbuah dan penahan dibuat selepas polis menerima panggilan kecemasan daripada anak perempuan pasangan itu yang berusia 17 tahun yang berjaya melarikan diri dari kediaman mereka di Perris.

Turpin, Perris

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain