suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jutawan Upah Penari Bogel Rai Ulang Tahun Anak Ke-12

SEORANG bapa bergelar jutawan dikecam kerana mengupah penari bogel untuk membuat persembahan pada majlis ulang tahun anaknya yang ke-12.

Rakaman video pada majlis yang dilaporkan berlaku di Amerika Syarikat (AS) itu menunjukkan beberapa penari dalam keadaan menghairahkan sedang membuat persembahan.

Dalam satu segmen pendek, budak lelaki berkenaan kelihatan tidak selesa semasa dua penari bogel menggosokkan payudara mereka pada muka kanak-kanak itu.

Menurut LaVanguardia.com, bapa kepada budak lelaki itu dilaporkan bergelar jutawan.

Video berkenaan menunjukkan budak lelaki duduk di kerusi sementara dua penari eksotik wanita sedang membuat persembahan di hadapannya.

Salah seorang daripada mereka kemudian duduk di pangkuan budak tersebut, manakala seorang lagi berdiri di belakang mereka. 

Bapa budak berkenaan dilihat tersenyum dan memberi galakan kepada anak lelakinya.

Video tersebut dikongsi secara meluas di YouTube di mana ramai mempersoalkan tanggungjawab bapa budak lelaki itu. - Mail Online

penari bogel, jutawan

Artikel Sebelum

Artikel Lain