suria

Model Lelaki Diminta Peraga Busana Wanita

Palomo memutuskan untuk model-model lelakinya memperagakan busana wanita. Foto Getty Imeages/Mail Online

SEORANG pereka warga Sepanyol memutuskan model-model lelakinya memakai busana wanita sebagai cubaannya untuk 'membebaskan' mereka dari kekangan jantina dalam fesyen.

Palomo Spain, 25, mengadakan pertunjukan fesyen berkenaan sempena minggu fesyen lelaki Paris pada Selasa.

Beliau percaya ketidaktentuan jantina bukan semata-mata kenyataan fesyen tetapi cara menjadi dalam masyarakat hari ini.

Bercakap kepada AFP mengenai inspirasi di sebalik pertunjukannya, Palomo berkata: "Chanel membebaskan wanita (selepas Perang Dunia Pertama) dengan memakaikannya fabrik lelaki seperti kot.

Dan apabila Yves Saint Laurent menyarungkan wanita dengan jaket makan malam, ia merupakan satu revolusi yang mengagumkan.

"Saya melakukan sesuatu sebaliknya," kata Palomo.

Pereka yang mendapat pendidikan di Kolej Fesyen London itu memilih untuk memakaikan model-model lelakinya dengan gaun, skirt dan suspender sutera. - Mail Online

model, fesyen

Artikel Sebelum

Artikel Lain