suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bono Saran Suu Kyi Letak Jawatan

Bono (kanan) selebriti terbaru menggesa Suu Kyi meletak jawatan berhubung penindasan etnik Rohingya di Myanmar.

NEW YORK: Vokalis utama kumpulan U2, Bono menggesa pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi melepaskan jawatan ekoran penindasan berterusan Yangon ke atas penduduk Islam Rohingya.

Bono yang pernah menuntut pembebasan Suu Kyi daripada dikenakan tahanan rumah oleh junta tentera semasa konsertnya pada 2000 berkata, beliau berasa muak dengan krisis pelarian Rohingya yang semakin meruncing selain tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap etnik tersebut.

"Saya seperti tidak percaya selepas melihat bukti keganasan tentera terhadap penduduk Rohingya. Saya percaya berlakunya pembersihan etnik di Myanmar.

"Dan ia benar-benar berlaku...Dia (Suu Kyi) perlu letak jawatan kerana dia tahu dan sedar dengan krisis kemanusiaan yang terjadi di negaranya," ujar Bono.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat (AS) turut menyifatkan kempen ketenteraan Myanmar sebagai pembersihan etnik ke atas penduduk Rohingya, namun tidak mendedahkan angka kematian secara spesifik.

Sebelum ini, pertubuhan Doktor Tanpa Sempadan (DWB) mendedahkan sekurang-kurangnya 6,700 terbunuh pada bulan pertama ketika pasukan tentera Myanmar melancarkan tindakan keras ke atas pemberontak Rohingya di negeri Rakhine pada Ogos lalu. - CNA

Bono, Suu Kyi

Artikel Sebelum

Ahed Diheret Ke Mahkamah

Artikel Berikut

Korban Di Hari Lahir

Artikel Lain