suria

Jet Jutawan Britain Terhempas, Tembus Blok Pejabat

-fotoTheTelegraph

SEBUAH jet peribadi dilaporkan milik ahli politik berprofil tinggi Lord Ashcroft terhempas di sebuah blok pejabat di Malta malam Khamis selepas dilaporkan tersasar di landasan akibat angin kencang.

Menurut laporan media tempatan, pesawat itu menembusi bangunan pejabat milik Polidano Group, sebuah syarikat pembinaan yang mempunyai pejabat berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Malta.

Gambar-gambar yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan kokpit pesawat menembusi dinding bangunan, selepas ia dilihat tersasar landasan.

Dipercayai kejadian berlaku disebabkan angin kencang semasa pendaratan.

Malam tadi, polis Malta dan anggota tentera dilihat di tempat kejadian, manakala jalan raya ditutup kepada lalu lintas.

Pesawat tersebut, Dassault Falcon 7X (VP-BZE) difahamkan didaftarkan di Bermuda atas nama Lord Ashcroft.

Dia disenaraikan sebagai salah seorang daripada jutawan terkaya Britain, penderma politik berprofil tinggi dan bekas timbalan pengerusi Parti Konservatif.

Ashcroft belum mengeluarkan kenyataan rasmi tentang kejadian itu tetapi ketika ditanya di Twitter sama ada pesawat itu miliknya, dia menjawab: "Nooooooo ..." -theTelegraph

jet peribadi, Lord Ashcroft

Artikel Sebelum

Korban Di Hari Lahir

Artikel Berikut

Nahas Majlis Hari Lahir

Artikel Lain