suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengasas Zouk Dihukum Penjara Seminggu

Lincoln Cheng mengaku bersalah kerana memandu dalam pengaruh alkohol. Foto WONG KWAI CHOW.

SINGAPURA: Pengasas pusat hiburan Zouk, Lincoln Cheng, 70, yang memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga melanggar dua lampu isyarat merah sebelum melanggar sebuah teksi dijatuhkan hukuman penjara seminggu pada Rabu.

Cheng dengan nama Ching Ling Ka turut dilarang memandu selama tiga tahun.

Peguam yang mewakili Cheng, Kesavan Nair membuat rayuan terhadap sabitan itu di mahkamah.

Cheng dibebaskan dengan ikat jamin S$15,000 (RM45,710) sementara menunggu keputusan rayuan.

Beliau turut dibenarkan ke luar negara, bersama keluarganya di beberapa negara antara 24 November dan 27 Disember.

Cheng mengaku bersalah terhadap satu pertuduhan memandu dengan pengaruh alkohol pada bulan lalu.

Satu lagi pertuduhan iaitu memandu dalam keadaan berbahaya diambil kira semasa sabitan. - – The Straits Times/Asia News Network


Lincoln Cheng, Zouk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain