suria

'Kantoi' Sorok Kamera Di Tandas Starbucks

Polis memburu suspek yang memasang kamera di tandas Starbucks.

POLIS di London memburu seorang lelaki yang memasang sebuah kamera di tandas kafe Starbucks bagi membolehkan dia menonton rakaman itu.

Polis mengeluarkan gambar seorang lelaki berambut gelap dan berkaca mata, dipercayai memasang peranti itu di premis tersebut di Vauxhall, selatan London.

Timbul kebimbangan mengenai rakaman berikutan kamera itu telah dipasang di tandas berkenaan selama sebulan, sebulan dikesan seorang pelanggan.

Polis menemui fail video yang menunjukkan sejumlah orang menggunakan tandas.

Pihak berkuasa itu mengeluarkan gambar suspek yang dipercayai memasang kamera tersebut untuk diberkas.

Imej suspek menunjukkan seorang lelaki memaski kot hitam dan skarf merah dan hijau sedang mencapai kamera yang dipasang di tandas itu.

Seorang jurucakap Polis Metropolitan berkata: "Peranti kecil tersembunyi di atas siling di dalam tandas di sebuah kedai kopi.

"Polis percaya kamera tersebut telah dipasang antara tiga dan empat minggu lalu, dan dipercayai ia merupakan tindakan untuk mengintai.

"Tiada penahanan dibuat setakat ini. Kita sedang memburu suspek," katanya. - Mail Online


Artikel Sebelum

Jam Tangan Punya Pasal!

Artikel Berikut

Artikel Lain