suria

Sekatan Bernilai RM5.5 Bilion Ke Atas Korea Utara

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenakan sekatan baharu ke atas Korea Utara yang akan menjejaskan ekonomi Pyonyang sehingga 1 bilion pound sterling (RM5.57 bilion).

Sekatan terbaharu itu diluluskan oleh Majlis Keselamatan PBB berdasarkan undian sebulat suara 15 anggota majlis untuk mengenakan larangan eksport ke atas Korea Utara termasuk arang batu, bijih besi dan makanan laut.

Langkah itu diambil sebagai hukuman tegas ekoran kedegilan Pyongyang meneruskan ujian nuklear sejak kebelakangan ini.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, memuji tindakan itu yang disifatkan sebagai kemenangan besar buat AS selepas Washington mengemukakan usul sebagai balasan kepada cita-cita pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un membangunkan senjata nuklear.

"Undian Majlis Keselamatan PBB menunjukkan keputusan 15-0 untuk mengenakan sekatan ke atas Korea Utara. China dan Rusia juga mengundi bersama kami. Kesan kewangan yang amat besar!" kata Trump menerusi laman sosial Twitter.

Sekatan itu juga melarang mana-mana negara untuk menambah bilangan pekerja Korea Utara di negara masing-masing, sekali gus melarang usahasama dengan Pyongyang dan sebarang pelaburan baharu. - Mirror.uk


Korea Utara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain