Bekas Pengacara MTV Tenang Peluk Islam - Dunia | mStar

Bekas Pengacara MTV Tenang Peluk Islam

Imej Kristiane ketika meniti usia mudanya. - Google Images

BERLIN/LONDON: Kristiane Backer menikmati zaman kemuncak ketika meniti usia 20-an. Beliau mengecapi impian sebagai penyampai MTV Europe, berlaga bahu dengan bintang terkemuka seperti Mick Jagger dan Bono dan mendapat bayaran untuk melakukan pekerjaan itu.

Secara luarannya, kehidupan tersebut merupakan kehidupan idamannya, namun Kristiane turut mengalami kemurungan yang tidak mampu ditanggung olehnya.

Kemudian, beliau bertemu dengan Imran Khan yang juga seorang pemain kriket terkenal dari Pakistan yang memimpinnya ke arah Islam dan memberikan ketenangan kepadanya.

"Imran menjadi pengenalan saya kepada Islam. Saya lebih suka sifatkan bahawa saya tidak mencari (agama), tapi saya telah dijumpai," katanya.

Sebagai warganegara Jerman yang dibesarkan di Hamburg, Kristiane sentiasa teruja dengan hal berkaitan kesenian. Jadi, apabila dia mendengar qawwali ketika dalam perjalanan ke Pakistan untuk melawat Imran, beliau terkesima dengan keindahannya.

Qawwali adalah sejenis muzik yang berkait dengan Sufi Islam.

Imej terkini Kristiane. - Sugar Street Review

Selain itu, Kristiane berkata bahawa beliau amat tersentuh dengan nilai kemanusiaan orang Pakistan, layanan dan kemesraan mereka.

Semua orang yang ditemukan Kristiane tanpa mengira situasi kewangan mereka, menghulurkan derma secara sukarela untuk projek amal Imran berkaitan hospital kanser di Lahore.

Kristiane akhirnya memeluk Islam tiga tahun kemudian dan membuat penyelidikan mengenai agama suci itu.

"Saya baca banyak buku dan apa yang saya temukan amat menakjubkan.

"Ia seperti alam yang baru. Saya rasa tertarik selepas membaca buku pertama dan saya mahu tahu lebih banyak.

"Saya sedar hanya ada satu Tuhan dan kita semua bertanggungjawab ke atas semua perbuatan sendiri, bayi dilahirkan suci dan bukannya sebagai pendosa.

"Saya juga belajar bagaimana ayat dari al-Quran boleh membantu kehidupan harian saya," jelasnya yang kini sudah berusia 51 tahun. - Huffington Post

Kristiane Backer

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain