Pengedar Dadah Dinobat Ratu Cantik Penjara Rusia - Dunia | mStar

Pengedar Dadah Dinobat Ratu Cantik Penjara Rusia

MOSCOW: Seorang wanita yang menjalani hukuman penjara selama 13 tahun atas kesalahan mengedar dadah, dinobatkan pemenang pertandingan ratu cantik di sebuah penjara di Rusia, baru-baru ini.

Irina Ayupova, 36, menjadi pemenang acara tahunan yang diadakan buat kali ketiga di penjara wanita yang terletak di bandar Yoshkar-Ola dekat wilayah tengah Mari El Republic.

Antara banduan wanita yang bertanding merupakan pesalah kes dadah, pencuri dan perompak.

Menurut portal Mirror, seramai lapan peserta terlibat dalam pertandingan itu dan mereka perlu melakukan aksi catwalk sambil disaksikan pengawal penjara yang bertugas sebagai hakim.

Kemudian mereka perlu menari untuk pusingan kedua sebelum bersaing meniru impresi selebriti terkemuka Rusia.

Pusingan terakhir menyaksikan peserta perlu berjalan di atas pentas dengan kostum khas yang dibuat sendiri mengikut tema ekologi.

Ayupova yang akan dibebaskan pada 2028, akhirnya dinobatkan sebagai juara dan menerima 101 kuntum bunga ros, mahkota dan peralatan solek sebagai hadiah.

Setiap banduan yang bertanding dibenarkan berlatih selama dua bulan serta boleh mendapatkan khidmat pendadan rambut dan jurusolek profesional pada hari pertandingan.

Irina Ayupova

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

“Pengemis Online” Berjaya Raih £6,500

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain