suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gabenor Jakarta: Rhoma Irama Pilih Anies-Sandiaga

Rhoma (tengah) bersama Anies dan Sandiaga (kiri) ketika membantu berkempen untuk pasangan calon Gabenor Jakarta di Cibubur, baru-baru ini.

RAJA Dangdut, Rhoma Irama yang tampil berkempen untuk pilihan raya Gabenor Jakarta menamakan pasangan Anies Baswedan dan Sandiaga Uni sebagai calon pilihannya.

Kempen yang berlangsung di padang Belalang di Rawajati, selatan Jakarta pada Sabtu itu menyaksikan penyanyi yang menubuhkan Parti Idaman itu mengajak penonton supaya mengundi pasangan itu.

"Pilih nombor tiga (kedudukan Anies-Sandiaga pada kertas undi), mereka pemimpin yang baik," katanya seperti dipetik kompas.com.

Rhoma turut menyampaikan beberapa lagu yang dipopulakannya sekitar 1980an dan 1990an pada program itu.

Parti Idaman menyatakan sokongannya kepada Anies-Sandiaga pada 29 Januari lalu.

Sementara itu, Anies meminta pengundi supaya berjaga-jaga ketika hari mengundi, Rabu ini kerana ada desas-desus mengenai kemungkinan berlaku kegiatan penipuan.

"Jadi elok beri perhatian sehingga pengiraan undi selesai," kata bekas menteri itu.

Rhoma Irama, Anies, Gabenor Jakarta

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain