suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Presiden Peru Kini Penjenayah Paling Dikehendaki

LIMA: Waran tangkap antarabangsa yang dikeluarkan pihak mahkamah berhubung siasatan kes rasuah meletakkan bekas Presiden Peru, Alejandro Toledo dalam senarai penjenayah paling dikehendaki di negara itu.

Susulan itu, Kementerian Dalam Negeri menawarkan 24,621 pound (RM136,000) untuk maklumat yang membawa kepada penangkapan Toledo.

Selain itu, Interpol juga digesan untuk mengeluarkan amaran merah bagi membantu mencari bekas pemimpin itu.

"Sesiapa sahaja di dunia boleh bantu kami cari Toledo dan menuntut ganjaran itu. Peru tidak sanggup melihat seorang presiden melarikan diri daripada keadilan," menurut menteri Carlos Basombrio.

Pendakwa mendakwa, Toledo mengambil rasuah 16 juta pound (RM89 juta) dari syarikat pembinaan Odebrecht SA dan hakim memutuskan beliau perlu dihukum penjara.

Sementara itu, peguam Toledo, Heriberto Benitez bagaimanapun menafikan anak guamnya melarikan diri dan memberitahu beliau sedang menunggu keputusan rayuan. - Reuters

Toledo, Peru

Artikel Lain