suria

Remaja Perempuan Antara 4 Ditahan Rancang Serangan Di Perancis

Anggota keselamatan Perancis menjalankan kawalan ketat di sekitar Marseillan susulan penahanan individu yang sedang merancang melancarkan serangan di negara itu.

PARIS: Empat individu termasuk remaja perempuan ditahan pasukan anti-pengganas polis di selatan Perancis kerana disyaki merancang melancarkan serangan.

Menteri Dalam Negeri, Bruno Le Roux dalam kenyataannya berkata, penahanan di Montpellier dan Marseillan telah menggagalkan rancangan bagi serangan dalam masa terdekat di negara itu.

Sumber polis berkata, keempat-empat suspek ditahan selepas membeli cecair mudah terbakar aseton yang boleh digunakan untuk menghasilkan bom.

Selain perempuan 16 tahun itu, suspek lain berusia 20, 26 dan 33 tahun.

"Difahamkan, mereka berniat melancarkan serangan dan dan membuat beberapa bahan letupan," katanya.

Katanya, serbuan terbabit turut menemui kuantiti kecil TATP iaitu bahan letupan buatan sendiri yang digunakan pengganas Daesh ketika serangan di Paris dan Brussels.

Perancis masih dalam keadaan berjaga-jaga selepas beberapa serangan bermula dua tahun lalu yang meragut lebih 200 nyawa.

Sementara itu, minggu lalu, askar menembak dan mencederakan penyerang bersenjatakan parang yang menerpa ke arahnya di perkarangan muzium Louvre di bandaraya ini.

Perancis, aseton

Artikel Lain