Penjawat Awam Minta Rakyat Undi Miss Universe Thailand - Dunia | mStar

Penjawat Awam Minta Rakyat Undi Miss Universe Thailand

BANGKOK: Dalam usaha memastikan wakil Thailand dinobatkan gelaran Miss Universe 2016, seorang pegawai kanan kerajaan secara terbuka menggesa rakyat negara itu mengundi Chalita  "Nong Namtan" Suansane sebagai tanda sokongan.

Menerusi posting di laman Facebook, jurucakap kerajaan, Werachon Sukhondhapatipak meminta orang ramai mengundi wakil Thailand untuk pertandingan berprestij yang ke-65 yang berlangsung di Manila, Filipina.

Leftenan Jeneral Werachon berkata, pengundian dibuka sehingga hari ini dan pengumuman pemenang untuk pusingan akhir akan dibuat pada pukul 7 pagi Isnin (waktu tempatan).

"Rakyat Thai, tolong undi untuk dia. Dia begitu cantik. Negara kita antara yang begitu berkuasa di laman sosial," tulis pegawai itu.

Berusia 22 tahun, Chalita adalah penuntut fakulti sains di Universiti Mahasarakham.

Empat saluran undian disediakan termasuk laman web Miss Universe, vote.missuniverse.com dan Twitter menggunakan hashtags #MissUniverse dan #Thailand.

Chalita begitu popular di laman sosial hingga beliau dianggap antara calon paling layak dinobatkan Miss Universe kali ini, sekali gus wakil Thailand ke tiga memenangi mahkota itu selepas Apasra Hongsakula pada 1965 dan Porntip Nakhirunkanok pada 1988.

Klip video menampilkan Chalita memperkenalkan dirinya turut disiarkan menerusi laman sosial oleh penganjur pertandingan itu telah mencatat lebih sejuta tontonan pada Sabtu.

Daripada 86 wakil seluruh dunia, 12 akan dipilih untuk pusingan kedua dan memperagakan baju mandi sebelum dikurangkan kepada sembilan serta enam pada pusingan keempat.

Selain panel hakim, undian penonton seluruh dunia juga boleh membantu peserta untuk mara ke final.- The Bangkok Post

Miss Universe , Chalita

Artikel Sebelum

Runtuhan Salji: Lima Tentera India Kritikal

Artikel Berikut

Rakyat Iraq, Yaman Dilarang Ke AS

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain