Padah 'Tembak' Trump - Dunia | mStar

Padah 'Tembak' Trump

AKSI Modi 'menembak' Trump mengundang pada buatnya apabila digantung tugas oleh pihak sekolah.

SEORANG guru di Amerika Syarikat (AS) digantung tugas susulan penularan video yang menunjukkan dia menjerit 'mati' sambil 'menembak' Presiden baharu Donald Trump menggunakan pistol air.

Kejadian itu berlaku di dalam kelasnya apabila guru wanita terbabit, Payal Modi menembak imej Trump yang disiarkan pada papan tulis ketika Presiden tersebut menghadiri majlis angkat sumpah.

Malah Modi turut memuatnaik video berkenaan dalam laman perkongsian Instagram, menyebabkan pihak sekolah di Dallas, Texas mengambil tindakan tegas terhadapnya.

Berdasarkan rakaman tersebut, turut kedengaran suara ketawa melihat aksi Modi tetapi tidak dapat dipastikan sama ada mereka merupakan pelajar kelas tersebut.

Susulan penyebaran video itu, ramai pengguna media sosial mendesak pihak sekolah agar memecat Modi atas tindakan kurang bijaknya itu.

Tetapi wanita tersebut masih menerima pembelaan terutamanya dalam kalangan guru yang menyifatkan aksi tersebut sebagai gurauan.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Daerah Dallas menerusi kenyataannya berkata, pihaknya sedia maklum tentang penyebaran video tersebut melibatkan seorang guru di Sekolah Tinggi W.H Adamson.

"Guru berkenaan telah digantung tugas dan siasatan tentang kes itu masih berjalan," jelas kenyataan itu.

Ekoran kes itu, Modi memadamkan klip video tersebut bagi mengelakkan isu berkenaan berlanjutan.

Donald Trump , Payal Modi

Artikel Sebelum

Pakar Astronomi Rusia Dakwa Bumi Dalam Bahaya

Artikel Berikut

Jilat Mata Untuk Sembuh Penyakit

Artikel Berkaitan

Rahsia Rambut Trump Didedahkan

AS Ada Ramai Pembunuh - Trump

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain