Carolina Utara Lanjut Tempoh Mengundi - Dunia | mStar

Carolina Utara Lanjut Tempoh Mengundi

NEW YORK: Carolina Utara melanjutkan waktu pengundian bagi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) di beberapa kawasan pada Selasa.

Namun, Colorado menolak permohonan untuk melanjutkan tempoh pengundian kerana kedua-dua negeri mengalami masalah dengan sistem pengundian elektronik.

Di Carolina Utara, penyokong termasuk Persatuan Kebangsaan bagi Kemajuan Orang Berwarna menggesa kerajaan negeri melanjutkan masa mengundi di lapan kawasan di Durham County sehingga pukul 9 malam waktu tempatan, sejam setengah melebihi waktu pengundian sebenar ditutup.

Sebaliknya, lembaga negeri itu melanjutkan tempoh mengundi selama sejam di dua kawasan dan kurang daripada itu di enam kawasan lain.

Di Colorado, Parti Demokratik memfailkan petisyen di Mahkamah Daerah Denver County untuk melanjutkan masa mengundi selama dua jam lagi selepas berlaku masalah teknikal melibatkan sistem pengundian secara elektronik.

Namun, seorang hakim menolak permintaan itu dan berkata pusat pengundian akan ditutup pada pukul 7 malam waktu tempatan seperti yang dijadualkan.

Colorado dan Carolina Utara antara dua negeri penting bagi menentukan kemenangan calon Parti Republikan, Donald Trump dan Hillary Clinton yang mewakili Parti Demokrat.



Carolina Utara , Donald Trump

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain