PM Britain Letak Jawatan - Dunia | mStar

PM Britain Letak Jawatan

David Cameron.

DIKEMASKINI

PERDANA Menteri Britain, David Cameron mengumumkan perletakan jawatannya pada Jumaat selepas keputusan undian Rakyat Britain untuk keluar daripada Kesatuan Eropah (EU) dalam satu referendum bersejarah.

Jawatan Cameron akan diambil alih oleh pemimpin baharu pada Oktober depan.

Berdasarkan kiraan di 302 daripada 382 kawasan di seluruh Britain, 52 peratus undian memihak kepada kem ‘keluar’ berbanding 48 peratus undian yang memilih untuk 'kekal'.

Kabinet Britain akan mengadakan pertemuan pada Isnin ini dan satu rangka waktu akan dilakukan.

Cameron semasa menyampaikan ucapan penuh emosi di No. 10 Downing Street di London berkata: 

"Rakyat Britain telah mengundi untuk meninggalkan EU dan kehendak mereka perlu dihormati. Kemahuan rakyat Britain merupakan satu arahan yang perlu disampaikan. Tidak ada keraguan mengenai keputusan itu.

"Seluruh rakyat dunia menyaksikan undian yang dibuat oleh rakyat Britain. Ia memerlukan kepimpinan yang kuat, tekad dan komited.  

"Saya amat berbangga menjadi Perdana Menteri negara ini selama enam tahun. 

"Rakyat Britain telah membuat keputusan yang jelas untuk keluar (dari EU). Saya fikir negara ini memerlukan kepimpinan yang baharu. Saya tidak fikir saya boleh menjadi kapten untuk membawa negara ini ke destinasi seterusnya.

"Pada pandangan saya, saya fikir kita perlu mempunyai perdana menteri baharu bermulanya sidang Parti Konservatif pada Oktober ini."

Referendum UK adalah pungutan suara yang dicadangkan Cameron selepas pilihan raya pada 2015 bagi mengutip undi rakyat United Kingdom (UK) untuk menentukan sama ada UK kekal atau keluar dari EU.

David Cameron

Artikel Sebelum

Gempa Bumi 5.5 Magnitud Gegar Chile

Artikel Berikut

Rakyat Britain Putuskan Keluar EU

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain