suria

Penjaga Zoo Disyaki Hamilkan Orang Utan

SURABAYA: Seorang penjaga haiwan di sebuah zoo di sini ditahan kerana disyaki menyerang beberapa haiwan secara seksual termasuk menyebabkan orang utan bernama Marilyn mengandung.

Media tempatan melaporkan, kejadian itu terbongkar selepas perlakuan petugas zoo berusia 38 tahun itu dirakam.

Kakitangan keselamatan zoo memasang  kamera tersembunyi di kawasan 'sasaran' selepas sangsi terhadap kelakuan lelaki itu.

Pengarah zoo, Abdoel Hakim yang berang susulan kejadian itu mengakui mengambil masa untuk mengetahui kejadia sebenar.

"Mulanya kami  tidak memahami apa yang telah berlaku kerana Marilyn telah hidup terpencil sejak 10 tahun lalu.

"Apabila kami meletakkan beberapa kamera tersembunyi baru kami faham bagaimana dahsyatnya kebenaran itu," katanya.

Marilyn adalah orang utan tertua di zoo berkenaan dan haiwan itu tidak pernah bercampur dengan orang utan lain disebabkan sifatnya yang agresif.

Surabaya, Marilyn, orang utan, zoo

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain